Monday, April 12, 2010

The Outcome

Banzai FC sudah melepasi cababaran dengan menentang 3 team dalam kumpulan B kelmarin. berakhirnya cabaran bermaksud bermulanya lembaran baru untuk team Banzai. yang pastinya lembaran kali ini penuh dengan lakaran yang perlu disudahkan. selepas menganalisis perlawanan, ternyata Banzai Masih belum boleh berbangga dengan pencapaian tersebut. Masih belum mampu menundukkan team Lawan yang sememangnya 'top players' di daerah Tawau ini. walaupun kalah dengan Team Orange 2-0, Team Yaw-Yaw 3-0 dan seri dengan PERKEP 1-1, namun Banzai FC mampu memberi cabaran yang sengit untuk team-team tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah di kalangan ahli sebelum perlawanan, namun semuanya dapat diatasi, (walaupun tidak sepenuhnya). masalah disiplin sememangnya lumrah bagi setiap pasukan. diharapkan semua ahli Banzai FC tetap menunjukkan disiplin yang baik sepanjang latihan ataupun friendly match dengan mana-mana pasukan di daerah Tawau, mahupun luar daerah Tawau.

No comments:

Post a Comment