Monday, April 12, 2010

The Outcome

Banzai FC sudah melepasi cababaran dengan menentang 3 team dalam kumpulan B kelmarin. berakhirnya cabaran bermaksud bermulanya lembaran baru untuk team Banzai. yang pastinya lembaran kali ini penuh dengan lakaran yang perlu disudahkan. selepas menganalisis perlawanan, ternyata Banzai Masih belum boleh berbangga dengan pencapaian tersebut. Masih belum mampu menundukkan team Lawan yang sememangnya 'top players' di daerah Tawau ini. walaupun kalah dengan Team Orange 2-0, Team Yaw-Yaw 3-0 dan seri dengan PERKEP 1-1, namun Banzai FC mampu memberi cabaran yang sengit untuk team-team tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah di kalangan ahli sebelum perlawanan, namun semuanya dapat diatasi, (walaupun tidak sepenuhnya). masalah disiplin sememangnya lumrah bagi setiap pasukan. diharapkan semua ahli Banzai FC tetap menunjukkan disiplin yang baik sepanjang latihan ataupun friendly match dengan mana-mana pasukan di daerah Tawau, mahupun luar daerah Tawau.

Thursday, April 8, 2010

Pertandingan Futsal 2010 RTM

11 April 2010 bersamaan hari ahad akan diadakan pertandingan futsal anjuran Radio Malaysia Tawau FM. pendaftaran dibuka pada 10 april 2010 bertempat di Pasaraya Giant, Tawau atau 11hb April di Stadio de Futsal Batu 3 atau pergi terus ke RMT Fm.
Menyentuh soal pertandingan, Banzai FC tidak ketinggalan mengambil bahagian. Borang pertandingan sudah didapatkan di RMTFm, 7hb.Thanks to Amma yang bersusah payah mengurus pendaftaran pasukan dan latihan yang dijalankan.Cuma apa yang diharapkan ahli pasukan menunjukkan kerjasama yang baik sepanjang latihan mahupun semasa hari pertandingan. Namun setakat ini, kerjasama ahli adalah cemerlang. ditambah dengan kemasukan ahli Banzai yang baru, Salwa@Wawa memantapkan lagi keutuhan Banzai FC.Apapun, Wish all good luck for the upcoming event.